‘
Aku Tak Bodoh La…’
Dia memandang ke arah
luar tingkap. Kelihatan kenderaan bergerak laju di atas jalan. Kadang-kadang
kepalanya terangguk-angguk perlahan
akibat daripada goncangan bas yang agak kuat. Dia mencebik keras. Protes dengan
tindakan pak cik bas yang memandu bas agak laju. Mata dia juga tidak lepas
memandang setiap kenderaan yang lalu di hadapannya. Jarinya bergerak-gerak
seperti sedang mengira bilangan kenderaan. Tiba-tiba dia membelek-belek jarinya
sambil meniru gaya abang Salleh dalam cerita Upin dan Ipin. “jari-jemari
Salleh.” Dia tergelak sendiri. Tiba-tiba terdengar hilai tawa dari belakang.
Rakan-rakannya sedang ketawakannya. Dia terleka. Tidak sedar. Rupa-rupanya dari
tadi dia sedang diperhatikan. Dia malu sendiri. Wajahnya direndahkan. Dia malu
lagi. Lantas dia mengambil langsir di tepi tingkap bas. Menyembunyikan wajah
cekungnya. “Adib. Jangan buat macam tu. Langsir tu kotor,” tegur cikgu Ina.
Adib menjawab laju, “kawan-kawan ketawakan adib cikgu.. Cikgu Ina tersenyum
panjang lantas menasihati Adib lagi. Dia juga khuatir Adib akan mengamuk jika
tidak diberitahu dengan baik. Cikgu Ina menyusun kata. Akhirnya cikgu Ina
bersuara, “ Adib, rakan-rakan Adib bukan ketawakan Adib, tetapi kawan suka cara
Adib buat tadi. Sama macam abang Salleh. Nanti bila dah besar, boleh la adib
jadi pelakon macam Aaron Aziz, sebab Adib pandai tiru gaya orang,” ujar cikgu
Ina cuba membodek. Cikgu Sinah menyampuk, “ Lagi bagus kalau Adib jadi macam
Zizan Razak. Lagi sesuai”. Seloroh cikgu Sinah. Semua orang di dalam bas
ketawa. Adib hanya mampu tersengih.
Tiba-tiba bas memasuki satu
selekoh dan berhenti. Akhirnya, dia sudah sampai di Agro Setiu Resort. Lehernya
panjang mendongak ke arah luar tingkap bas. Memerhatikan setiap sudut kawasan
Agro tersebut. “Wah, cantiknya.” Ujar Adib di dalam hati. Pertama kali dalam
hidupnya, dia menyertai aktiviti perkhemahan. Dia gembira mendapat cikgu
seperti cikgu Ina. Walaupun dia tidak sempurna seperti murid-murid lain di
sekolahnya, cikgu Ina melayan dia sama dengan murid-murid normal. Rakan-rakan
yang dibawa oleh cikgu Ina untuk menyertai perkhemahan juga senasib dengannya.
Malahan ada juga yang lebih teruk. Dia paling sedih apabila melihat Zatul
dengan Haziq. Haziq mengalami masalah pendengaran. Manakala, Zatul pula
terencat akal. Dia? Dia sakit apa. Dia autik.. ops salah sebut. Autistik la..
hehehehe. Dia bersyukur kerana Allah masih memberi-Nya peluang untuk hidup
walaupun dia tidak sempurna. ‘Alhamdulillah!!!’ Tanpa disedari, kalimah Allah
terkeluar dari bibirnya. Berkali-kali dia menyebutnya. Dia tersentak apabila cikgu
Ina memanggilnya turun. ‘Ish..cikgu Ina ni..aku baru jer nak layan perasaan.
Kacau daun betul la. Air mata aku dah nak mengalir tadi. Tup-tup masuk balik ke dalam,’ desus Adib di
dalam hati. Dia menuruni anak tangga bas dengan laju. Dia memunggah beg yang
dibawanya ke tapak perkhemahan. Cikgu Ina mengarahkan dia dan rakan-rakan untuk
berkumpul kerana kem komander akan mengadakan sedikit taklimat berkaitan dengan
perkhemahan dan peraturan-peraturan yang perlu dia dan rakan-rakan perlu patuhi
semasa aktiviti sedang berlangsung. Setelah mendengar arahan dan dibahagikan
kepada 3 buah kumpulan, dia diarahkan untuk memasang khemah bersama-sama rakan
sekumpulan yang lain dengan bantuan cikgu-cikgu pengiring.
Dia menuju ke tapak
perkhemahan. Adib menjerit kuat ke arah rakan-rakan yang lain sambil
memberitahu arahan dan cara-cara untuk memasang khemah. Gelagatnya sama seperti
ucapan kem komander sebentar tadi. Rakan-rakannya ketawa. Sama juga dengan
cikgu pengiring mereka, iaitu cikgu Sarah. Cikgu Sarah telah membantu mereka
untuk memasang khemah. Cikgu Sarah mula mengarahkan mereka untuk membuka khemah
supaya senang untuk dipasang. Setelah khemah siap dipasang kem komander
mengarahkan dia dan rakan-rakan untuk mendirikan solat kerana pada pukul 5
petang aktiviti yang pertama akan dimulakan.
Tepat jam 5 petang, kem
komander telah berada di tapak perhimpunan kawasan perkhemahan. Berdiri di
sebelah kem komander adalah cikgu Ina, cikgu Sarah, cikgu Akma, dan cikgu
Sinah. Semua orang di kawasan tapak itu beratur dengan tertib mengadap ke arah
kem komander. Begitu juga dengan Adib. Aktiviti pertama akan bermula iaitu
sukaneka. Kem komander memberi taklimat kecil dan mula menjalankan aktiviti
sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lari dalam guni, isi air dalam
botol, dan aktiviti tradisional, menarik pelepah kelapa. Adib sangat menggemari
aktiviti menarik pelepah kelapa kerana aktiviti ini juga diminati oleh Upin dan
Ipin. Pada waktu malam, kem komander telah menjalankan aktiviti burung hantu di
mana setiap kumpulan akan dilepaskan ke dalam hutan dengan bantuan seorang instructor. Seorang instructor akan menunjukkan arah kepada setiap kumpulan. Mereka tidak diberi lampu sebagai alat bantuan
penglihatan. Suasana yang gelap menyebabkan bulu roma Adib berdiri tegak.
Terbayang cerita-cerita yang pernah dilihatnya dalam TV. Tiba-tiba ranting kayu
terjatuh. Adib terkejut, pantas dia berlari dan tangannya memeluk Pak Nik yang
berjalan laju di hadapan. Dia terketar-ketar. Seluarnya basah. Dia tidak tahu
sama ada dia berpeluh kuat atau dia terkencing. Rakan-rakan adib mula bising.
“Pak Nik, bau apa ni..busuknya”, laung Faiz, salah seorang ahli kumpulannya.
Pak Nik hanya ketawa keras melihat keletah anak-anak itu.
Keesokan hari, gempar seluruh perkhemahan bahawa Adib
terkencing. Dia hanya berdiam diri sepanjang hari. Malu dengan tindakan
spontannya malam tadi. Pada hari tersebut, kem komander menjalankan aktiviti
pertandingan memasak dan pada waktu petang aktiviti berkayak. Semasa berkayak,
setiap peserta akan dibantu oleh seorang instructor.
Instructor hanya akan berjaga di
belakang, manakala peserta akan mengayuh sendiri kayak. Orang pertama yang
mewakilkan diri untuk aktiviti berkayak adalah Adib. Dia melangkah ke hadapan dengan
penuh bangga dan memasuki perut kayak. Dia mengambil pengayuh dan mula
mengayuh. Pada mulanya, kayak yang dinaiki oleh Adib berpusing di tempat yang
sama. Kemudian, dia mengayuh kuat lagi untuk mengerakkan kayak. Air tasik
memercik ke arah muka dia. Dia kalut sendiri. Instructor di belakang Adib ketawa dan mula membantu. Akhirnya, adib
berjaya juga mengayuh kayak. Ketika itu bajunya telah basuh kuyup. Bukan kerana
dia terkencing lagi, tetapi di sebabkan percikan air yang masuk ke dalam kayak akibat
dari kayuhannya tadi.
Pada malam terakhir
perkhemahan, cikgu-cikgu mengarahkan semua peserta untuk mengadakan persembahan.
Begitu juga dengan Adib. Adib sudah lama bersedia kerana dia sangat gemar
menyanyi. Tiba giliran kumpulan Adib, Adib dan rakan-rakan mula bergerak ke hadapan
tempat untuk membuat persembahan. Adib selaku ketua kumpulan bertanggungjawab
untuk memegang mikrofon. Kemudian mereka mula menyanyi. Semua orang senyap.
Termasuk cikgu-cikgu mereka. “wah, sedap juga suara aku ni;” Adib memuji diri
sendiri di dalam hati. Semasa adib sedang menyanyi, tiba-tiba cikgu Ina datang
ke arah Adib dan rakan-rakan sambil bertanya, “Adib tak buka suis mikrofon ke?
Cikgu tak dengar pun suara kamu menyanyi.” Adib terkejut. Dia malu lagi. “Alamak.
Macam mana boleh tak buka suis ni… baru nak tunjuk bakat Anuar Zain yang ada
pada aku ni. Tak jadi la aku nak tunjuk bakat aku dekat Zatul,” cetus Adib di
dalam hati. Adib membuka suis mikrofon dan membuat persembahan sekali lagi.
Walaupun pada awalnya persembahan adib dan rakan-rakan tidak sempurna, tetapi
dia tetap ingin menghiburkan rakan-rakannya yang lain. Keesokan hari, semua
orang pulang dengan senyuman yang penuh bermakna walaupun wajah masing-masing
kepenatan. Begitu juga dengan Adib. Adib tersenyum puas membawa sebuah kenangan
yang terindah dalam diari hidupnya. Kini, dia sudah bergelar mekanik di salah
sebuah workshop di sekitar bandar
raya Kuala Lumpur. Dia akan tersenyum sendirian apabila mengingati kisah
“autistiknya”. Inilah kisah Adib si budak Autistik. Kisah kamu macam mana???
No comments:
Post a Comment