Thursday, December 20, 2012

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG BABI, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. potonglah kuku anda. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil dan suka melepak akibat diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas…sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis… Pernah dengar orang tua2 kata : Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia. wALLAHu’alam Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah meskipn tong sampah itu bersih. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
YO HOME : APARTMENT MASA HADAPAN? (11 GAMBAR)

Serangga Gergasi

Kisah Perang Serangga Gergasi....

masa: 6.10-6.28 pagi

tempat: tandas KHAR

nak dijadikan cerita,,,,pagi ini aku dengan niat baik bangun awal untuk pergi kls DR khway...almaklumlah....hari ini aq ader exam utk kursus orientasi dan mobiliti....then aku dgn towel masuk dlm blik air...pastu aq terpndg sesuatu kat dlm sink..nampaklah serangga sebesar tdung botol shampoo clear aku yang berat 180 ml..mak oiii...besar giler..bulu roma aq dh bdiri dah...geli pn ader...seram pn ader...aku pn kluar......aku fkir2....mcm mane aq nak buang serangga gergasi tu...aq pn ambil penyapu...aq usik2 gergasi tu dgn hjung penyapu...gergasi tu bsing bagai...trbg pulak dekat depan tndas mgkuk....aq usik2 lg dgn hjung pnyapu..niat aq..xnk la cderakan gergasi tu..ceh...bsgka baik lg...then...gergasi tu trbg kt lubg tnds bwh sinki....aq dh panik nie....aq duk kat luar tnds lg msa tu...aq amek la penyepit kain...lempar kat gergasi tu...tp gergasi tu asyik mengeram jer....larinya tak...aq dh ptus hrpn...slat pn aq blom lg..aduhai..aq pn amek ksut crop aq...aq bling dkat gergasi tu..masih jgk xlri2...suka sgt gergasi 2 duk dlm tndas...aq pn buat2 brani lg..aq amek plastik roti dkt sink luar..sbelah tgn kanan aq pnyapu..tgn kri aq pgang plastik..aq tutup badan gergasi tu dgn hjung pnyapu..aq trik smpai hujg pntu tnds...pastu aq ngt nk pgang la guna plastik roti tu...mula2 dh pgang dh..tgk jer gergasi tu menjerit bagai..aq tkejut..dgn aq2 sklu mjerit...tlps lg...aduhai...rooomate aq bgun..pening jer tgk aq...aq pn tgk gergasi tu lari nth ke mana..aq intai2 dlm tnds kot2 ader lg...aq nk msuk aq tkot..prasaan aq yg geli tu dh jd takot dh...aq nekad..aq amek sweater aq dlm blik...ttp semua..tkot kena sengat la konon....pdhal gergasi tu xd sengat pn...aq jenguk2..intai2..mcm intai2 deko la pulak...aq tgok gergasi tu elok jer bsembunyi balik pin2 tnds.. mak aiii..tkejut beruk aq....aq kluar dgn panik...aq xtw nk wt aper dh...last aq msuk skli lg...aq pgang n tekap gergasi 2 dgn hjung pnyapu..kali ni aq xnk pgang dah...pastu pnyapu terlepas pulak..gergasi 2 terbang2 mcm mengamuk kt aq...aq lari msuk blik trus...trus ttp pntu blik..tkot msuk dlm blik lak...rmate aq dri td duk dlm blik..xbrani....aq bkak pntu plhn2...gergasi tu bsing2 lg....aq ttp blik..last skli..aq kluar jgk...aq duk dpn tnds..intai2..mcm xder jer...dgn doa bagai..aq msuk tnds....aq survey tnds tu..nk tgk gergasi tu ader lg ke x....yess...dh xde..aq intai kat luar..xder jgk...finally..aq bley jgk mndi...usai smua bgai....rmate aq bgtw...gergasi 2 singgah dkat heater plak..mse tu rmate aq nk masak air...td aq xnmpk pn..mgkin Allah nk ttp pndgn aq kot... Alahai...dh la prut aq lapar...xmasak air laa...biaser aq ngn rmate aq pg2 mnum air...pagi ni nmpk gayanyer tak la yer... huhuhuhu..

Monday, December 17, 2012

Mesej.....

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya di lahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya se
orang India
Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke
India dan emak saya berada
di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan
tetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah
bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan
istimewa, tempat tinggal,
makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami
diajar sembahyang dalam
bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam
tahun 1974, saya telah
bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia,
dari Kuala Lumpur
bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah
membawa saya tinggal di
seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami
belajar selok belok agama
Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas
untuk orang Melayu
beragama Islam (ada hingga sekarang) .Setelah
satu tahun saya tinggal
disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama
6 bulan, belajar
cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati,
talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya
belajar sekali dengan Ibu
Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita
Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita
Kristian seluruh
Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian
dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke
Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja,
saya dihantar pula ke
Filipina selama 1bulan, belajar selok belok
Kristian dalam bahasa
Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang
Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai
pendakwah dibayar $60.00
sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu
dihantar ke Singapura
selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz
orang Telok Intan. Beliau
adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian
Singapura.Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan
berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore. Apabila
dilantik ke gereja saya
masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya
dihantar ke Baptish
Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00,
bersama 2 orang kawan dan
sebuah
kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri
Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak
tenteram dan telah
bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu
Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah
Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang
telah
dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak
dan Johor Bahru, Manjoi
dan Rapat
Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka
Lelaki - Berseluar hitam,
berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg
James Bond (elaun satu
hari
$60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam
dan reben hitam. Di
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza. Cara-cara
berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal
terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa
tempat tinggal(asrama
120 katil, makan disediakan) didakwah dengan
kaset, cara perlahan-lahan
diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas
dibawa sembahyang akan
diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah
diberi minum-1 minggu
lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan
mendengar azan macam
menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air
itu khusus untuk orang
Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber
dari Sabah, Serawak ,
Filipina dan Singapura. Motorola adalah
penyokong dakwah Kristian ini
(terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan
Senawang). Senawang
terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang,
Haji Hanapi Saat dan Hj
Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi
bekas guru - akibat
desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk
dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail
Rahim. 20 orang telah
Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd
Rahman (STAR)- 2 orang
Sekolah
teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya
tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya
dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru
Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En
Salleh Omar
yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada
Yusof Noor
untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia
(sebagaimana tersebar di
akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku
Khursiah, Seremban
balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam
tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.
Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk
menawan satu
Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah
Kamaruddin Hj
Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan
saya sebagai timbalan
padri itu.
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !
banyak). Beliau
pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal
untuk membuat kajian
mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar
6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk
Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,
ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk
Kristian,
mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem
$7.00 pergi ke mahkamah di
Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan
Kristian ini. Seorang
bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi
paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah di dalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4
syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri
Indonesia) bapak Bruto
yang
menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri
Kamaruddin Hj Ahmad Dalam
pada
berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh
dimasuk Kristian iaitu,
Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah
dipukul hingga patah
tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda
Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
  1. besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Sunday, December 16, 2012

Tanih dan Pembentukannya


PENGENALAN
Tanih merupakan unsur yang paling penting dari bahan pepejal yang terdapat di permukaan bumi (litosfera). Tanih terbentuk daripada tiga proses asas iaitu tindakan cuaca pada batuan induk (seperti proses luluhawa), aktiviti bahan organik dan pergerakan mineral dan nutrien dalam profil tanih. Tanih terdiri daripada empat komponen utama iaitu bahan bukan organik, bahan-bahan organik, air, dan udara. Keempat-empat komponen ini akan mempengaruhi kepelbagaian jenis tanih yang terbentuk melalui proses atau tindak balas tertentu yang berlaku dalam setiap lapisan tanih.
Proses pembentukan tanih juga berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi komponen tanih, perbezaan dari segi tekstur tanih, struktur tanih, kandungan kimia dalam tanih, dan warna tanih. Proses pembentukan tanih ini dipengaruhi oleh lima faktor penting iaitu perubahan iklim, keadaan semula jadi batuan induk, tindakan mikroorganisma, tindakan topografi, dan masa. Faktor-faktor pembentukan tanih ini telah menyumbang kepada kepelbagaian jenis dan struktur tanih yang boleh diklasifikasikan kepada lima bentuk iaitu podzol, laterit, gleiz, calcific, dan saliniz.
Perkembangan pembentukan tanih ini berlaku secara tidak stabil dan bukan secara statik kerana secara relatifnya tanih mengandungi bahan organik yang tinggi dalam membentuk sebatian organik di samping akar-akar tumbuhan, dan organisma-organisma yang wujud di dalam tanih. Unsur-unsur tadi menjadikan tanih itu berada dalam keadaan yang sentiasa hidup dan berubah-ubah keadaannya. Oleh sebab itu, tanih yang terhasil berbeza bagi setiap tempat atau sesebuah kawasan walaupun mempunyai warna atau tekstur tanih yang hampir sama.

DEFINISI DAN KONSEP TANIH
Terdapat pelbagai definisi yang menghuraikan tentang tanih. Tanih merupakan satu selaput(teras bumi) yang longgar dan terdiri daripada bahan organik dan jisim organik. Bahan-bahan yang terdapat dalam tanih terdiri daripada bahan-bahan pepejal, cecair, dan gas. Tanih dapat menampung pelbagai jenis tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996), tanih adalah lapisan yang subur di bawah lapisan tanah di atas sekali. Keadaan ini menjelaskan tanah adalah lapisan pertama dan tanih adalah lapisan kedua, iaitu selepas tanah. 
 Menurut pengkaji pedologi iaitu V.V.Dokuchaev, tanih merupakan lapisan permukaan yang berhampiran dengan bahan induk dan telah mengalami sama ada banyak atau kurang perubahan-perubahan semula jadi di bawah pengaruh beberapa faktor seperti air, udara, serta pelbagai spesis organisma-organisma hidup atau mati dan perubahan-perubahan ini menggambarkan komposisi, struktur, dan warna yang dihasilkan oleh proses-proses luluhawa.
Tanih juga dikatakan sebagai jasad yang tidak bergantung dengan yang lain di mana tanih ini terdiri daripada bahan-bahan mineral, bahan-bahan organik, serta komponen-komponen nutrien yang terbentuk daripada pelbagai reaksi terhadap batuan asal dengan faktor-faktor persekitaran seperti iklim, topografi, kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juzuk tanih ini berbeza dari bahan-bahan yang terdapat di dasar sama ada dari segi bentuk, rupa, ciri-ciri fizikal, kimia, kandungan mineral serta cara dan bagaimana ia menampung serta berinteraksi terhadap pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, pandangan Dokuchaev tentang pembentukan tanih masih digunakan sehingga hari ini.  
            Mengikut Jamaluddin Md Jahi dan Ahmad(1998) pula tanih ialah bahan mineral di permukaan bumi yang telah mengalami perubahan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik dan faktor-faktor persekitaran bahan induk, iklim(termasuk kesan lembapan dan suhu), makro hidupan, dan mikro hidupan serta topografi. Kesemuanya bertindak dalam jangka masa yang lama dan menghasilkan apa yang disebut tanih, iaitu satu hasil yang berbeza dari bahan asalnya dari segi sifat dan ciri-ciri fizikal, kimia, dan biologi.
KOMPONEN TANIH
Tanih berfungsi sebagai sistem terbuka. Tenaga dan jisim mengalir ke dalam dan keluar daripada tanih dan menjadikan tanih sebagai tempat simpanan nutrien dan bahan-bahan mineral yang diperlukan oleh haiwan dan tumbuhan untuk hidup. Tanih mengandungi empat komponen utama iaitu bahan-bahan bukan organik, air dalam tanih, udara dalam tanih, dan jisim organik.  Terdapat pelbagai proses yang bertindak balas dengan komponen-komponen tanih seperti proses luluhawa dan pedogenisis.
Bahan Bukan Organik
Tanih mengandungi bahan-bahan dan mineral-mineral tidak terlarut dalam air seperti bahan-bahan kimia yang boleh larut di dalam air. Kebanyakan bahan mineral yang dijumpai di dalam tanih telah bercampur dengan beberapa elemen yang terdapat di atas permukaan lapisan tanih seperti batuan(silikon, aluminium, oksigen, dan besi). Kebanyakan bahan mineral ini hadir dalam bentuk sebatian pepejal kimia dan kebanyakannya terdapat dalam kandungan air dan udara yang diperlukan oleh komponen tanih. Elemen-elemen seperti karbon, hidrogen, nitrogen, sodium, kalium, zink, kuprum, iodin, dan sebatian-sebatian lain merupakan elemen yang penting dalam proses pembentukan tanih selain dapat mengekalkan ekosistem bumi.
            Unsur-unsur kimia tanih diperoleh melalui pelbagai sumber. Sesetengah unsur-unsur kimia ini terhasil daripada rekahan batuan yang membentuk serpihan dan jatuh ke lapisan permukaan tanih. Serpihan-serpihan batuan ini akan mengurai melalui proses luluhawa kimia, fizikal atau biologi sehingga membentuk mendapan terkumpul di atas lapisan permukaan tanih. Apabila hujan, air hujan yang diserap ke dalam tanih akan menyerap bahan-bahan mendapan yang terkumpul di atas permukaan tanih dan diserap ke lapisan tanih yang paling bawah. Selain itu, elemen-elemen yang dibawa oleh udara dan air dan diserap ke dalam tanih juga akan membentuk sebatian kimia yang baru.
Tumbuhan memerlukan bahan kimia yang banyak untuk membesar dan mendapatkan mineral tanih, dan kandungan kimia yang diperlukan untuk pembentukan tanih. Tanih sering kali mengalami masalah kekurangan bahan-bahan atau elemen-elemen khas yang boleh dihasilkan untuk proses penyuburan tanih bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanih. Penyuburan tanih merupakan proses penambahan beberapa bahan-bahan nutrien dan unsur-unsur lain supaya tanih dapat berada dalam komposisi yang betul dan stabil bagi menampung tumbuh-tumbuhan untuk hidup.
Air Tanih
Air yang hadir di dalam lapisan tanih berfungsi untuk menggalakkan tindak balas kimia antara dua bahan untuk mengekalkan hidupan dan menghasilkan nutrien dalam bentuk sebatian yang dibekalkan kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara, air, dan bahan mineral yang berfungsi untuk tumbuhan membuat makanan, membesar dan tumbuh. Jadi, tumbuh-tumbuhan bergantung pada tanih kerana tanih dapat menyedia dan membekalkan nutrien dan mineral yang diperlukan untuk hidup dan membesar.
Air yang terdapat dalam tanih merupakan larutan air yang mengandungi mineral terlarut. Sumber asli kelembapan tanih terhasil melalui pemendakan. Apabila pemendakan jatuh di atas permukaan tanih, kebanyakan bahan mendapan telah diserap ke dalam tanih atau dibawa bersama dengan air larian bawah tanah. Air akan meresap terus melalui liang-liang tanih dan membawa bahan-bahan nutrien yang lain.
            Air yang hadir dalam tanih wujud dalam keadaan yang berbeza-beza. Air yang diserap menerusi tanih berlaku akibat daripada tarikan graviti air yang dikenali sebagai graviti air. Tarikan graviti air akan menggerakkan partikel-partikel tanih dan memenuhinya dengan ruang-ruang yang ada dalam tanih. Kuantiti air di dalam tanih bergantung pada beberapa keadaan termasuk jumlah kerpasan yang jatuh pada ketika itu, kekerapan kadar pemeluapan, dan bagaimana air dapat bergerak dengan mudah menerusi tanih dan memenuhi ruang yang kosong dalam liang-liang tanih dengan air dan menjadikannya sebagai tempat simpanan air.
Tarikan graviti air berfungsi kepada tanih dalam beberapa kaedah. Air yang diserap ke bahagian lapisan tanih yang bawah dipanggil sebagai proses pengeluviuman(eluviation).  Apabila tarikan graviti air diserap ke bawah, partikel-partikel dari bahagian atas lapisan tanih akan diangkut bersama dan dibawa ke lapisan bawah tanih melalui air. Proses ini dikenali sebagai proses pengiluviuman(illuviation). Proses pengeluviuman yang menyerap zarah halus yang berada di permukaan atas tanih akan menyebabkan tekstur tanih berubah menjadi kasar. Hal ini demikian kerana, keupayaan tanih pada bahagian atas untuk menyimpan air berkurang, manakala pada proses pengiluviuman, bahagian tanih pada peringkat ini akan menyerap sebanyak mungkin air untuk meningkatkan kelembapan tanih.
            Apabila tarikan graviti air menyusut atau diserap ke dalam lapisan liang-liang tanih, air ini akan melarutkan mineral bukan organik yang larut dalam air dan membawa mineral-mineral berkenaan ke lapisan tanih yang paling bawah dan memenuhi ruang yang ada pada tanih sehingga tanih menjadi tepu. Proses pengurangan nutrien pada lapisan atas tanih dikenali sebagai proses larut resap(leaching). Proses ini kerap berlaku di kawasan yang kerap ditimpa hujan lebat kerana proses ini akan menyerap dan mengangkut semua bahan-bahan yang tidak larut air di permukaan atas tanih masuk ke dalam lapisan bawah tanih. Proses penyusupan air ke bawah tanih ini akan mempengaruhi susun lapis dan pembahagian yang berlaku pada setiap lapisan tanih.
            Air dalam tanih atau kapilari air berfungsi sebagai bekalan air yang disimpan untuk kegunaan tumbuh-tumbuhan. Kapilari air berbentuk seperti filem halus yang mengangkut air secara bebas di dalam tanih untuk dijadikan sebagai air simpanan. Kapilari air ini akan memenuhi setiap liang tanih yang kekurangan kandungan air untuk memastikan komposisi tanih sentiasa lembap dan tidak kering. Oleh sebab itu, di kawasan yang menghadapi kemarau dapat membekalkan air kepada tumbuh-tumbuhan agar akar tumbuhan sentiasa lembap. Gambar rajah 1 menunjukkan pergerakan air dalam tanih.
Udara Tanih
Dalam beberapa kes kajian berkaitan dengan tanih, hampir 50% ruang yang terdapat dalam liang-liang tanih dipenuhi dengan kandungan udara. Berbanding kandungan udara yang terdapat di lapisan atmosfera, udara di dalam tanih mempunyai kandungan oksigen yang lebih sedikit. Kandungan udara di dalam tanih terdiri daripada gas karbon dioksida dan berada dalam keadaan kelembapan relatif yang tinggi disebabkan kehadiran air di dalam tanih.
            Kebanyakan mikroorganisma dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam tanih, udara yang terdapat dalam tanih berfungsi sebagai pembekal gas oksigen dan karbon dioksida yang diperlukan oleh hidupan tanih untuk hidup. Apabila tanih menjadi tepu, kandungan udara dalam tanih berkurang kerana telah dipenuhi dengan kandungan air. Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan dan haiwan sukar untuk hidup di kawasan tanih lembap atau tepu air.
Jisim Organik
Selain daripada mengandungi bahan-bahan mineral terlarut, udara, gas, dan air, tanih juga mengandungi jisim organik. Tumbuhan dan haiwan yang mati dan melalui proses pereputan akan berubah disebabkan oleh tindak balas bakteria tanih yang dikenali sebagai humus. Humus sangat penting sebagai pemangkin kepada tindak balas kimia terhadap tumbuhan yang mereput untuk menghasilkan nutrien dan mineral yang diperlukan untuk menyuburkan tanih. Tanih yang mengandungi humus yang baik dapat mengekalkan kandungan air di dalam tanih. Humus juga berfungsi untuk menyediakan sumber makanan organisma tanih.
            Tanih dapat menyediakan habitat persekitaran untuk pelbagai hidupan yang hidup di dalam tanih seperti cacing tanah, ruden, dan binatang-binatang lain yang bergantung pada bakteria dan kulat sebagai sumber makanan. Binatang-binatang yang hidup di dalam tanih juga dapat meningkatkan dan memperkayakan tanih dengan menghasilkan humus melalui pereputan atau penguraian najis-najis binatang dan sampah sarap daripada tumbuh-tumbuhan untuk membekalkan nutrien kepada tanih.
            Jisim tanih mempunyai skala yang berbeza sama ada di setiap kawasan. Perbezaan jisim tanih di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh keadaan iklim dan tumbuhan yang hidup di kawasan tersebut. Contohnya, kawasan yang berada pada tengah latitud seperti kawasan padang rumput kebiasaannya mempunyai kadar pereputan bahan organik yang tinggi ataupun mempunyai kandungan humus yang banyak. Manakala, di kawasan gurun yang kontang pula mempunyai kandungan air yang sedikit dan kaya dengan kandungan mineral terlarut seperti kalsium karbonat, dan garam. Kawasan-kawasan tanih tropika pula mempunyai kandungan besi dan aluminium oksida.
Air dan udara dalam tanih mineral dan pereputan bahan-bahan organik yang hadir dalam tanih dapat memberi banyak faedah kepada tanih dan menghasilkan kepelbagaian jenis tanih yang berbeza-beza bagi setiap kawasan atau tempat. Gambar rajah 2 menunjukkan gabungan-gabungan komponen tanih sehingga membentuk sebatian tanih.
CIRI-CIRI TANIH
Beberapa sampel tanih yang diambil untuk diperiksa dan diuji bagi menentukan perbezaan setiap jenis tanih. Beberapa ciri penting yang perlu dikenal pasti untuk menentukan perbezaan setiap jenis tanih ialah berdasarkan warna, tekstur, struktur, tahap keasidan dan kealkalian tanih.
Warna Tanih
Warna merupakan salah satu ciri yang dapat mengenal pasti jenis-jenis tanih yang diambil untuk dijadikan sebagai ujian. Warna tanih berbeza bagi setiap tempat dan terhasil berdasarkan perubahan iklim yang berlaku di sesuatu kawasan ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Contohnya, di kawasan Georgia mempunyai tanih yang berwarna merah manakala Alabama mempunyai tanih berwarna hitam walaupun terdiri daripada struktur tanih liat. Tanih mempunyai warna yang berbeza dan akan bertukar dari warna hitam ke warna coklat, merah, kuning, kelabu, dan hampir-hampir putih. Warna yang ada pada tanih dapat menentukan kandungan kimia dan keadaan fizikal tanih berkenaan. Apabila sampel tanih diambil dan diuji, para saintis tanih akan  menggunakan buku yang mengelaskan warna tanih untuk mengenal pasti jenis tanih berdasarkan warna dengan lebih jelas.
            Humus atau pereputan bahan organik akan menyebabkan tanih menjadi warna hitam atau merah. Kawasan tanih yang mengandungi kandungan humus yang tinggi mempunyai warna tanih yang agak gelap. Apabila kandungan humus dalam tanih berkurang, kekurangan aktiviti pereputan bahan organik kurang aktif atau penyusupan bahan organik ke dalam liang-liang tanih berkurang akan menyebabkan warna tanih menjadi coklat terang atau kelabu. Namun demikian, warna hitam atau gelap pada tanih tidak semestinya terhasil disebabkan oleh kehadiran humus, tetapi boleh juga terhasil melalui faktor-faktor lain.
            Tanih yang berwarna merah atau kuning kebiasaannya terhasil disebabkan oleh kehadiran besi dalam tanih. Di kawasan beriklim lembap, tanih yang terhasil adalah berwarna kelabu cerah atau putih kerana kandungan besi telah diserap ke dalam lapisan tanih yang paling bawah dan meninggalkan kandungan silikon oksida dan aluminium sahaja di atas permukaan atas tanih. Di kawasan beriklim kering, tanih yang berwarna kelabu cerah atau putih ini terhasil disebabkan kehadiran kandungan garam yang sangat tinggi dalam tanih.
            Warna yang terhasil pada struktur tanih sangat berguna untuk menentukan ciri-ciri fizikal dan kimia tanih serta memudahkan kerja bagi pengenalpastian jenis-jenis tanih di sesebuah kawasan. Namun demikian, ujian warna pada tanih tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap kualiti atau tahap kesuburan tanih tersebut.
Tekstur Tanih
Tekstur tanih merujuk kepada saiz zarah yang membentuk tanih. Dalam tanih liat, saiz dominan bagi zarah tanih liat mempunyai diameter kurang daripada 0.002 mm. Dalam tanih berkelodak, saiz dominan bagi zarah tanih jenis kelodak ialah antara 0.002 mm sehingga 0.05 mm. Tanih yang berpasir kebiasaannya mempunyai zarah pasir yang bersaiz besar antara 0.05 mm dan 2.0 mm. zarah yang lebih besar daripada 2.0 mm dianggap sebagai batuan-batuan kecil, batu kelikir, atau serpihan batu yang jatuh di atas permukaan tanih dan bercampur dengan zarah-zarah tanih. Gambar rajah 3 menunjukkan perbezaan saiz zarah berdasarkan jenis-jenis tanih.
Kadar saiz zarah dapat menentukan tekstur tanih. Contohnya, tanih y mengandungi zarah tanih kelodak sebanyak 50%, 45% tanih liat, dan zarah pasir 5% dikenali sebagai tanih liat berkelodak. Graf segi tiga digunakan untuk mengelaskan tekstur tanih yang berbeza berdasarkan julat peratusan gred tanih masing-masing bagi setiap kelas. Gambar rajah 4 menunjukkan perbezaan tekstur tanih berdasarkan pengelasan peratus saiz zarah tanih yang berbeza. Titik A dan B dalam graf segi tiga merujuk kepada contoh sampel tekstur tanih. Titik A menunjukkan tekstur tanih dari jenis tanih liat berkelodak. Manakala titik B pada graf menunjukkan tekstur tanih dari jenis tanih liat gambuh berpasir yang mempunyai 20% zarah tanih kelodak, 30% zarah tanih liat, dan 50% zarah tanih pasir.
            Tekstur tanih dapat membantu mengenal pasti kapasiti tanih untuk mengekalkan kelembapan tanih dan udara yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membesar dan membuat makanan melalui proses fotosintesis. Tanih yang mempunyai keseimbangan partikel-partikel besar yang tinggi cenderung untuk dipenuhi oleh udara dan membenarkan air menyusup melalui tanih dengan cepat. Kadang-kadang, air yang menyusup dengan cepat ke dalam liang-liang tanih akan menyukarkan tumbuhan untuk menggunakan air kerana air yang diserap akan dibawa ke lapisan tanih yang paling bawah. Berlainan pula dengan tekstur tanih liat kerana tanih jenis ini akan melambatkan proses penyusupan air ke dalam liang-liang tanih dan tekstur tanih liat bertindak menakung air di permukaan atas tanih dan kandungan udara akan berkurang. Pengudaraan tanih juga sangat penting untuk proses membuka ruang pada struktur tanih bagi meningkatkan kandungan udara dalam tanih.
Struktur Tanih
Struktur tanih dipengaruhi oleh liang tanih dan kelembapan tanih terhadap air. Kebanyakan struktur tanih yang telap air terdiri daripada jenis tanih berpasir, manakala tanih dari jenis tanih liat pula tidak telap air yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan tanih.
            Struktur tanih boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor luar seperti kelembapan giat atau proses kitaran nutrien. Perubahan struktur tanih berlaku apabila cahaya matahari menyerap air yang terdapat di permukaan atas tanih, air yang tidak di sejat oleh cahaya matahari akan di serap ke dalam lapisan tanih yang paling bawah. Penggumpalan zarah pada struktur tanih akan berlaku jika terdapatnya sisa organik atau bahan-bahan pereputan di atas permukaan atas tanih. Natrium dan magnesium yang berlebihan boleh menyebabkan tanih liat mudah melekit apabila tanih berada dala keadaan lembap dan berubah menjadi seperti konkrit apabila tanih kekurangan air. Ketiadaan zarah tanih yang lebih kecil boleh menghalang pembentukan struktur tanih yang sebenar. Struktur tanih yang besar menghasilkan tanih yang berpasir, manakala zarah tanih yang tidak terdedah dengan cahaya matahari mempunyai zarah tanih yang lebih kecil.
            Pakar saintis telah mengelaskan struktur tanih berdasarkan bentuk fizikal zarah tanih tersebut. Jenis struktur tanih ini dikelaskan sebagai tanih gumpalan, blok prisma, blok bersudut, sp heroids, pinggan berlamina, serbuk dan granul. Struktur tanih ini boleh diklasifikasikan seperti gambar rajah 5.
Keasidan dan Kealkalian
Proses kimia yang berlaku dalam tanih dan sistem tumbuhan dapat mempengaruhi tahap kesuburan tanih. Proses kimia yang berlaku akan menyebabkan tanih berada dalam dua keadaan iaitu berasid atau beralkali. Keadaan ini dikenali sebagai tahap keasidan dan kealkalian tanih. Tahap keasidan dan kealkalian tanih diukur berdasarkan skala yang bermula dari nilai 0 sehingga 14 yang dikenali sebagai skala pH. Skala pH diukur berdasarkan tindak balas ion hidrogen yang berlaku dalam tanih. Skala pH adalah bersifat logaritma iaitu perubahan dalam nombor pH keseluruhannya mewakili pertukaran sebanyak sepuluh kali ganda. Skala pH yang menunjukkan bacaan ke bawah merujuk kepada jumlah ions hidrogen yang banyak. Nilai pH yang menunjukkan bacaan rendah merujuk kepada tanih yang berasid manakala nilai pH yang tinggi menunjukkan tanih dalam keadaan beralkali.
PROFIL TANIH
Menurut Mohd Suhaily Yusri di dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Persekitaran Fizikal (1998), profil tanih merujuk kepada susunan  atau horizon lapisan berlainan yang boleh dilihat secara menegak bermula dari permukaan bahagian tanih. Setiap lapisan ini berbeza kerana wujudnya perubahan dari segi kandungan bahan-bahan, warna, tekstur, dan ciri-ciri fizikal lapisan berkenaan dan perubahan yang berlaku di setiap lapisan tidak seragam antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Pada peringkat awal, pembentukan lapisan tanih terbentuk dari batuan asal atau bahan induk yang mengalami proses luluhawa. Kekerapan proses luluhawa yang berlaku menyebabkan pengumpulan bahan organik dan peningkatan kegiatan pereputan mikro membentuk kandungan humus di permukaan atas lapisan tanih. Pengumpulan bahan-bahan organik dan hasil-hasil mendapan akan membentuk tanih muda(tanih regosol) seperti di kawasan persisiran pantai. Tanih muda ini akan mengalami proses penyesuaian persekitaran dan dalam jangka masa panjang akan membentuk profil lapisan tanih yang lebih matang.
            Bagi tanih yang matang, profil yang telah terbentuk boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu horizon A, B, dan C. Tanih yang berada pada horizon A dan B mewakili tanih sebenar atau solumn manakala horizon C pula mewakili sub-tanih iaitu zon fragment batuan(batuan induk yang mengalami proses luluhawa). Lapisan A atau zon eluviasi merupakan lapisan teratas dalam strata profil tanih di mana air hujan dan pencairan ais salji memberi kesan paling besar dan zon aktiviti bakteria dan tindak balas kimia yang berlaku bagi menukar bentuk organisma kepada humus. Di bawah permukaan zon lapisan A pula terkumpulnya daun-daun kering yang bercampur dan bahan-bahan organik(lapisan A00).
            Di bawah kira-kira 5cm, wujud aktiviti makro dan mikro organisma yang bertindak secara aktif untuk mengurai bahan organik dan membentuk lapisan gelap berhumus(lapisan A0). Lapisan A1, hampir dengan lapisan yang ada bahan mineral dan kaya dengan bahan organik. Lapisan ini menerima larutan dari asid organik dan karbonat dan biasanya melekat pada zon ini dan berwarna gelap disebabkan kehadiran humus. Di bawah lapisan A2 lebih cerah disebabkan kekurangan humus dan lapisan ini bergantung pada proses perkolasi yang berlaku (proses larut resap atau proses penyusupan air ke dalam).
            Air hujan dan lain-lain bentuk kelembapan yang masuk ke permukaan tanih seperti asid karbonat akan menyebabkan berlaku beberapa tindak balas antara bahan-bahan mineral terlarut dan humus akan dibawa ke bawah dan berkumpul di lapisan B. Kadar penyusupan bahan-bahan mineral ke lapisan B bergantung pada jumlah hujan di satu-satu kawasan. Contohnya, kawasan hujan lebat atau sejatan rendah menjadikan proses perkolasi berlaku dengan giat. Oleh sebab horizon B mengandungi mineral garam dan koloid tanih, lapisan ini dikenali sebagai Zon Iluviasi di mana zon ini lebih gelap dari sub-sub horizon A. Lapisan C pula menunjukkan kawasan yang dipenuhi dengan bahan-bahan induk dan batuan asal tanih. Gambar rajah 6 menunjukkan profil tanih bagi setiap horizon atau lapisan tanih.
KLASIFIKASI TANIH
Tanih dapat dikelaskan kepada beberapa aspek  iaitu sifat-sifat tanih( tekstur, struktur, batuan asas dan lain-lain), pendekatan morfologi di mana profil tanih lapangan dijadikan bukti berkaitan dengan proses dan tahap-tahap formasi tanih berkenaan, serta pendekatan genetik yang melibatkan satu kaedah yang menerangkan dan mengklasifikasikan tanih berasaskan faktor-faktor formasi atau persekitaran yang diketahui(Bunting, B.T., 1965).
 Pendekatan yang paling relevan ialah pendekatan genetik kerana ia mengambil kira bahawa tanih sebagai satu susunan tentang horizon-horizon yang mempunyai ciri-ciri sama yang terdapat di sesebuah lokasi dan berkaitan dengan pengaruh-pengaruh geomorfik, iklim, biotik, dan lain-lain. Berdasarkan pendekatan ini, tiga klasifikasi besar dikenal pasti iaitu Tanih Zonal(berzon), Tanih Intrazonal dan Tanih Azonal(Tak Berzon).
Tanih Zonal
Tanih zonal terdiri daripada jenis tanih yang telah matang dan mempunyai profil tanih yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur iklim dan tumbuh-tumbuhan. Tanih zonal telah lama terbentuk melalui kegiatan iklim dan biologi serta mempunyai saliran yang baik (perenggan, kemerahan, kekuningan). Tanih jenis ini terdapat di kawasan yang luas dan lebar dan boleh dibahagikan kepada dua jenis kumpulan tanih iaitu tanih pedalfers (tidak bercampur dengan kapur), dan tanih pedokal (bercampur dengan kapur). Contoh tanih zonal dari kumpulan pedalfers ialah tanih yang mempunyai kandungan kalsium, kalsium karbonat, dan bahan-bahan larut resap(karbonat), tanah tundra, tanah podzol, tanah hutan kelabu keperangan, tanah praire, tanah sub-tropika merah, dan kuning serta tanah tropika merah. Manakala, tanah zonal dari kumpulan pedokal(kurang mengalami proses larut resap) ialah tanih hitam chernorzem, tanah gurun warna kelabu, merah, dan tanah chesnut(perang).
Tanih Intrazonal
Tanih Intrazonal adalah kumpulan tanih yang terdapat di antara tanih kumpulan tanih zonal dan terbentuk di bawah keadaan tertentu seperti di kawasan yang terdapat sedikit takungan air atau kehadiran mendapan garam yang menyebabkan tanih ini lebih beralkali. Tanih ini boleh terbentuk di dataran permukaan yang tinggi atau teres-teres bukit. Tanih jenis ini lebih banyak dipengaruhi oleh bahan-bahan induk berbanding dengan pengaruh-pengaruh iklim. Tanih ini berkembang di bawah keadaan tertentu di dalam kumpulan tanih zonal.
            Tanih Intrazonal terbahagi kepada kumpulan-kumpulan tertentu iaitu tanih hidromorfik, tanih halomorfik, dan tanih kalsimorfik. Tanih hidromorfik merupakan tanih yang terbentuk dari kelembapan yang berlebihan(kawasan-kawasan lembah) seperti tanah gambut, tanah meadow, dan kelompok tanah gambut lain yang bergantung pada tumbuhan asal di situ. Tanih halomorfik pula terbentuk berasakan kepada kandungan garam, seperti tanih solonchak (saline soil), tanih solonetz(alkaline soil), dan tanih soloth. Tanih kalsimorfik pula terhasil daripada kandungan batu kapur(berdasarkan bahan induk yang terbentuk) seperti tanih rendzinas dan tanih terra rossa.    
Tanih Azonal
Tanih Azonal merupakan tanih yang terbentuk melalui pemendapan eluvium atau longgokan pasir akibat tindakan angin atau tanih yang terbentuk akibat dari pemecahan batu dari gunung berapi(letusan), atau yang terbentuk di kawasan terpencil seperti kawasan lekukan di padang pasir, cerun-cerun gunung, dan di kawasan batu-batuan. Tanih ini biasanya tidak mengalami proses normal pembentukan tanih dan kesemua tanih Azonal yang terbentuk disebabkan oleh faktor masa yang tidak mematangkan tanih. Antara jenis tanih Azonal ialah tanih litosol, regosol, dan alluvial. Ketiga-tiga tanih ini masih muda dan tidak mempunyai profil yang jelas.
            Tanih litosol terdapat di kawasan cerun-cerun gunung dan amat nipis(mengandungi fragmen batuan) dan terletak di atas batuan asal dan tanih ini sentiasa berubah-ubah menyebabkan tumbuhan yang hidup berkurang dan tanih kekurangan bahan organik dan humus. Tanih regosol pula terbentuk daripada longgokan bahan mineral yang dibawa oleh glasier, abu gunung berapi, diun, dan mendapan pasir oleh angin. Manakala, tanih alluvium merupakan kerak batuan yang mempunyai tekstur halus, berkelodak, berpasir, liat(lempung) yang diangkut dan dimendapkan oleh pergerakan air. Kebiasaannya, tanih yang subur terhasil disebabkan oleh bahan mineral yang bercampur dengan mendapan-mendapan baru seperti lanar hanyutan sungai.
FAKTOR DAN PROSES PEMBENTUKAN TANIH
Faktor dan proses pembentukan tanih dikategorikan kepada lima, iaitu bahan induk, iklim, aktiviti bahan organik, topografi(relief) dan masa. Faktor ini telah dikemukakan oleh Dokuchaev, seorang ahli pengkaji pedologi Rusia. Pendapat yang diusulkan oleh beliau masih diguna pakai dan telah diubahsuai oleh beberapa orang sarjana-sarjana lain.
Iklim
Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pembentukan tanih melalui iklim seperti kerpasan, kelembapan dan suhu. Kebiasaannya, angin dikaitkan dengan hubungan antara komponen kelembapan tanih dan hakisan tanih. Kelembapan adalah unsur yang utama memberikan kesan terhadap ciri-ciri  juzuk tanih.
Kerpasan merupakan sumber yang paling utama bagi air tanih. Walau bagaimanapun, tidak semua air yang turun dalam bentuk kerpasan bergabung membentuk tanih. Pembentukan yang melibatkan air bergantung kepada faktor-faktor seperti kadar penyerapan dan ciri-ciri aliran air di permukaan tanih, kadar dan jumlah larian air permukaan, jumlah sejatan dan sejat peluhan.
Pembentukan tanih adalah berkaitan dengan jumlah kerpasan iaitu tahap kedalaman di mana kalsium karbonat di larut resap, kepekatan nitrogen, pembentukan tanih liat atau lempung, dan longgokan bahan organik terkumpul. Air tanah berfungsi membawa bahan-bahan larutan dalam bentuk koloid dari satu lapisan ke lapisan tanih. Kadar larut resap bergantung kepada jumlah air dan juga keasidan bahan larut tersebut. Jadi, air bertindak mengaktifkan tindakbalas kimia dan memecahkan batuan dan lain-lain bahagian pepejal dalam bahan induk.

Bahan Induk
Tanih terbentuk dari bahan induk melalui proses-proses luluhawa atau bahan tersebut dibawa dan dimendapkan dalam bentuk koloid. Tanih terbentuk akibat ketiadaan proses pedogenik seperti  pasir pantai, pasir sungai, pemendapan glasier, diun pasir yang baru dan sebagainya.
Pembentukan tanih melalui bahan induk dipengaruhi oleh faktor iklim yang berlainan dan keadaan-keadaan biologikal menghasilkan tanih yang berlainan walaupun dari jenis bahan induk yang sama. Malahan, tanih yang sama boleh terbentuk daripada bahan-bahan yang berbeza kerana ianya menerima kesan daripada ciri-ciri iklim dan pengaruh bahan organik yang sama. Contoh tanih yang dipengaruhi oleh bahan induk ialah tanih muda yang belum mencapai peringkat matang seperti tanih regosol dan litosol. Tanih muda terbentuk dipengaruhi oleh faktor cerun dan hakisan tanih yang kerap berlaku terhadap bahan induk berbanding dengan tanih dari proses-proses pedogenik.
Bahan induk bukan sahaja membekalkan bahan mineral kepada tanih tetapi juga terdiri daripada 50 % jasad tanih dari segi isipadu malahan ciri-ciri, keadaan semulajadi serta kandungan bahan induknya penting dengan tanih tersebut. Malahan bahan induk menggambarkan ciri-ciri terpenting tanih seperti warna, tekstur, struktur dan tindakbalasnya.
Aktiviti Bahan Organik
Pembentukan tanih terutamanya dari segi penambahan bahan-bahan organik dan sumber bagi bahan organik tanih bergantung kepada tumbuhan yang terdapat di permukaan bumi. Bekalan bahan organik ini terdiri daripada daun-daun, bahagian akar tumbuhan yang telah mati, batang pokok yang telah mati, tunas, dahan-dahan kecil, buah-buahan dan bijinya yang terurai  menerusi aktiviti bakteria serta lain-lain komponen mikro yang terdapat dalam tanih. Haiwan yang telah mati juga diurai oleh organisma ini dan membentuk tanih. Proses yang melibatkan bahan organik diurai dan membentuk tanih disebut penghumusan iaitu satu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti komponen fauna (makro organisma) di dalam tanih.
 Pada peringkat permulaan, bakteria dan juga kulat mengurai tisu-tisu di atas dan juga yang terdapat di dalam tanih. Kemudian makro organisma seperti cacing dan anai-anai mula mengurai bahan-bahan organik ke dalam tanih menerusi aktiviti mengorek dan mencampurkan horizon-horizon tanih dengan bahan-bahan lain. Tumbuh-tumbuhan yang telah direputkan ini juga membekalkan karbon, nitrogen dan juga sulfur serta bahan-bahan berasid yang amat penting kepada proses-proses pembentukan tanih. Asid organik adalah amat penting  terhadap proses larut resap. Gambar rajah 7 menunjukkan penguraian bahan organik melalui daun-daun kering yang gugur di atas lapisan tanih.
Topografi
Topografi mempengaruhi pembentukan profil tanih dengan tiga cara berikut iaitu mempengaruhi banyaknya air hujan yang diserap dan yang dibendungi tanih lalu mempengaruhi keadaan kelembapannya, mempengaruhi kadar hakisan tanih, menyalirkan bahan-bahan dari satu kawasan ke satu kawasan sebagai larutan dan ampaian. Lembapan adalah perlu untuk tindakan fizikal dan kimia dan sebarang perubahan keadaan kelembapan ini akan mempengaruhi pembentukan profil. Bukan kesemua air hujan yang sampai ke muka bumi meresap ke dalam tanih. Sebahagian darinya mengalir ke dalam sungai dan sesetengahnya meresap di kawasan lain.
Tanih di cerun juga kuat mengalami hakisan. Tanih permukaan mungkin terkikis dan bahagian atas horizon B bertukar menjadi horizon A. Proses pembentukan tanih berlaku lebih cepat pada tanih yang nipis. Tanih di atas cerun biasanya mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Pengeringan yang kian meningkat ini menyebabkan sebatian besi mempunyai warna yang lebih merah terutamanya di horizon B. Kesan pengeringan ini lebih berkesan di cerun yang mengadap matahari. Secara amnya tanih adalah nipis di kawasan yang berbukit bukau dan tebal di kawasan tanah rendah. Kedalaman horizon A bergantung kepada darjah kecerunan. Kecerunan penting sebagai salah satu faktor topografi terutamanya dari segi sudut kecerunan, panjang satu-satu cerun, ketinggian altitud serta aspek (keadaan cerun). Kesemuanya bertindak membentuk tanih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Biasanya tanih dihakis secara kuat di cerun yang curam dan menjadikan kawasan puncak mempunyai tanah yang nipis dan hakisan menjadi rendah di cerun yang landai dan seterusnya membentuk tanih yang lebih tebal.
Orientasi cerun menghasilkan perbezaan tumbuh-tumbuhan dan juga tanih. Cerun yang mengadap matahari mempunyai persekitaran yang lebih panas dan kering daripada cerun yang membelakangi matahari. Aspek ini penting di kawasan-kawasan yang berlatitud tinggi.
Masa
Masa merupakan salah satu faktor yang menggalakan pembentukan tanih. Masa melibatkan berlakunya proses pedogenik dari awal sehinggalah ke peringkat yang paling matang dan masa pembentukannya berbeza-beza dari segi kawasan. Jangkamasa paling awal bagi pembentukan sesuatu profil tanih dikatakan 20 tahun dan paling lama adalah 1000 tahun. Sebagai contoh pembentukan tanih liat dan koloid mengambil masa lebih daripada 1000 tahun dan ia amat berkait dengan faktor-faktor yang lain.
Proses pembentukan tanih banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor tersebut adalah faktor persekitaran yang menentukan jenis tanih yang akan dihasilkan. Namun begitu, faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa dan semuanya saling berkaitan untuk membentuk tanih. Bermula dengan luluhawa, tanih akan terbentuk sebagai tanih muda di peringkat awal dan akan berkembang mengikut masa serta faktor yang mempengaruhinya. Sebagai bahantara yang dinamik, tanih menerima input daripada bahan-bahan organik yang telah diuraikan dan keadaan inilah yang membawa kepada perkembangan tanih tersebut.
KESIMPULAN
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, tanih merupakan satu sumber utama yang menjadi kepentingan manusia untuk menjalankan kepelbagaian aktiviti dominan dalam membangunkan sesebuah negara seperti kegiatan pertanian, perbandaran, penempatan, infrastruktur, dan lain-lain. Aktiviti manusia yang tertumpu terhadap penguasaan tanih hutan menyebabkan penerokaan tanih secara berleluasa. Aktiviti penerokaan tanih secara besar-besaran boleh mendedahkan permukaan tanih kepada kejadian hakisan permukaan yang agak serius terutamanya di negara Malaysia kerana negara ini mengalami hujan yang lebat sepanjang tahun.
            Aktiviti penerokaan tanih secara tidak terkawal boleh menyebabkan lapisan tanih menjadi nipis dan mengurangkan kesuburan tanih sehingga mengakibatkan peningkatan bahan-bahan mendapan ke dalam sistem saliran di beberapa buah lembangan saliran negara. Kadar pemendapan yang tinggi akan menyebabkan kualiti air sungai terjejas serta mengurangkan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan domestik negara. Penerokaan tanih secara lestari dan terkawal diperlukan bagi memastikan kejadian hakisan tanih dapat dibendung. 
RUJUKAN
Foth, H.D.,(1984). Fundamentals of Soil Science. USA: University of Minnesota. 7th Ed.
Gabler, R.E., Petersen, J.F., & Trapasso, J.F., (2007). Essentials of Physical Geography: Soils and soil development. USA: Thomson Higher Education. 8th Ed. Pages: 330-357.
Gabler, R.E., Petersen, J.F., Trapasso, J.F., & Sack, D.,(2009). Physical Geography: Soils and soil development. USA: Brooks/Cole. 9th Ed. Pages: 321-346.
Hans Jenny,(1994). Factors of Soil Formation, A System of Quantitative Pedology. Dover Publications.
Huggett, R., Lindley, S., Gavin, H., & Son, K.R.,(2004). Physical Geography, A Human Perspective; Human and The Physical Environment; soil. New York: Oxford University Press Inc. Pages: 277-313.
Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad,(1988). Pengantar Geografi Fizikal. Kuala Lumpur. Tropical Press.
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, (1998). Pengantar Persekitaran Fizikal; Tanih. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. M/s: 87-96.
NRCS, (2006). Scoop on Soil Educational CD, NRCS Soil: Fundamental concepts. NRCS. Pages: 1-8.
Nico Van Breeman & Peter Buurman, (2002). Soil Formation. USA: Kluwer Academic Publishers. 2nd Ed. 
p/s: mf...sy xmsukkan gmbr..tp bley tgk dkt buku rjukan atau google image....:p

Friday, November 16, 2012

NABI SULAIMAN AS


Nabi Sulaiman adalah salah seorang putera Nabi Daud. Sejak ia masih kanak-kanak berusia sebelas tahun, ia sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.
Nabi Sulaiman Seorang Juri
Sewaktu Daud, ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il ia selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap sidang peradilan yang diadakan untuk menangani perkara-perkara perselisihan dan sengketa yang terjadi di dalam masyarakat. Ia memang sengaja dibawa oleh Daud, ayahnya menghadiri sidang-sidang peradilan serta menyekutuinya di dalam menangani urusan-urusan kerajaan untuk melatihnya serta menyiapkannya sebagai putera mahkota yang akan menggantikanya memimpin kerajaan, bila tiba saatnya ia harus memenuhi panggilan Ilahi meninggalkan dunia yang fana ini. Dan memang Sulaimanlah yang terpandai di antara sesama saudara yang bahkan lebih tua usia daripadanya.

Suatu peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otaknya iaitu terjadi pada salah satu sidang peradilan yang ia turut menghadirinya. dalam persidangan itu dua orang datang mengadu meminta Nabi Daud mengadili perkara sengketa mereka, iaitu bahawa kebun tanaman salah seorang dari kedua lelaki itu telah dimasuki oleh kambing-kambing ternak kawannya di waktu malam yang mengakibatkan rusak binasanya perkarangannya yang sudah dirawatnya begitu lama sehingga mendekati masa menuainya. Kawan yang diadukan itu mengakui kebenaran pengaduan kawannya dan bahawa memang haiwan ternakannyalah yang merusak-binasakan kebun dan perkarangan kawannya itu.

Dalam perkara sengketa tersebut, Daud memutuskan bahawa sebagai ganti rugi yang dideritai oleh pemilik kebun akibat pengrusakan kambing-kambing peliharaan tetangganya, maka pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan binatang peliharaannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi yang disebabkan oleh kecuaiannya menjaga binatang ternakannya. Akan tetapi Sulaiman yang mendengar keputusan itu yang dijatuhkan oleh ayahnya itu yang dirasa kurang tepat berkata kepada si ayah: "Wahai ayahku, menurut pertimbanganku keputusan itu sepatut berbunyi sedemikian : Kepada pemilik perkarangan yang telah binasa tanamannya diserahkanlah haiwan ternak jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya, sedang perkarangannya yang telah binasa itu diserahkan kepada tetangganya pemilik peternakan untuk dipugar dan dirawatnya sampai kembali kepada keadaan asalnya, kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya."

Kuputusan yang diusulkan oleh Sulaiman itu diterima baik oleh kedua orang yang menggugat dan digugat dan disambut oleh para orang yang menghadiri sidang dengan rasa kagum terhadap kecerdasan dan kepandaian Sulaiman yang walaupun masih muda usianya telah menunjukkan kematangan berfikir dan keberanian melahirkan pendapat walaupun tidak sesuai dengan pendapat ayahnya.
Peristiwa ini merupakan permulaan dari sejarah hidup Nabi Sulaiman yang penuh dengan mukjizat kenabian dan kurnia Allah yang dilimpahkan kepadanya dan kepada ayahnya Nabi Daud.

Sulaiman Menduduki Tahta Kerajaan Ayahnya
Sejak masih berusia muda Sulaiman telah disiapkan oleh Daud untuk menggantikannya untuk menduduki tahta singgahsana kerajaan Bani Isra'il.
Abang Sulaiman yang bernama Absyalum tidak merelakan dirinya dilangkahi oleh adiknya .Ia beranggapan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi putera mahkota dan bukan adiknya yang lebih lemah fizikalnya dan lebih muda usianya srta belum banyak mempunyai pengalaman hidup seperti dia. Kerananya ia menaruh dendam terhadap ayahnya yang menurut anggapannya tidak berlaku adil dan telah memperkosa haknya sebagai pewaris pertama dari tahta kerajaan Bani Isra'il.

Absyalum berketetapan hati akan memberotak terhadap ayahnya dan akan berjuang bermati-matian untuk merebut kekuasaan dari tangan ayahnya atau adiknya apa pun yang harus ia korbankan untuk mencapai tujuan itu. Dan sebagai persiapan bagi rancangan pemberontakannya itu, dari jauh-jauh ia berusaha mendekati rakyat, menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada mereka menolong menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi serta mempersatukan mereka di bawah pengaruh dan pimpinannya. Ia tidak jarang bagi memperluaskan pengaruhnya, berdiri didepan pintu istana mencegat orang-orang yang datang ingin menghadap raja dan ditanganinya sendiri masalah-masalah yang mereka minta penyelesaian.

Setelah merasa bahawa pengaruhnya sudah meluas di kalangan rakyat Bani Isra'il dan bahawa ia telah berhasil memikat hati sebahagian besar dari mereka, Absyalum menganggap bahawa saatnya telah tiba untuk melaksanakan rencana rampasan kuasa dan mengambil alih kekuasaan dari tangan ayahnya dengan paksa. Lalu ia menyebarkan mata-matanya ke seluruh pelosok negeri menghasut rakyat dan memberi tanda kepada penyokong-penyokong rencananya, bahawa bila mereka mendengar suara bunyi terompet, maka haruslah mereka segera berkumpul, mengerumuninya kemudian mengumumkan pengangkatannya sebagai raja Bani Isra'il menggantikan Daud ayahnya.

Syahdan pada suatu pagi hari di kala Daud duduk di serambi istana berbincang-bincang dengan para pembesar dan para penasihat pemerintahannya, terdengarlah suara bergemuruh rakyat bersorak-sorai meneriakkan pengangkatan Absyalum sebagai raja Bani Isra'il menggantikan Daud yang dituntut turun dari tahtanya. Keadaan kota menjadi kacau-bilau dilanda huru-hara keamanan tidak terkendalikan dan perkelahian terjadi di mana-mana antara orang yang pro dan yang kontra dengan kekuasaan Absyalum.

Nabi Daud merasa sedih melihat keributan dan kekacauan yang melanda negerinya, akibat perbuatan puterannya sendiri. Namun ia berusaha menguasai emosinya dan menahan diri dari perbuatan dan tindakan yang dapat menambah parahnya keadaan. Ia mengambil keputusan untuk menghindari pertumpahan darah yang tidak diinginkan, keluar meninggalkan istana dan lari bersama-sama pekerjanya menyeberang sungai Jordan menuju bukit Zaitun. Dan begitu Daud keluar meninggalkan kota Jerusalem, masuklah Absyalum diiringi oleh para pengikutnya ke kota dan segera menduduki istana kerajaan. Sementara Nabi Daud melakukan istikharah dan munajat kepada Tuhan di atas bukit Zaitun memohon taufiq dan pertolongan-Nya agar menyelamatkan kerajaan dan negaranya dari malapetaka dan keruntuhan akibat perbuatan puteranya yang durhaka itu.

Setelah mengadakan istikharah dan munajat yang tekun kepada Allah, akhirnya Daud mengambil keputusan untuk segera mengadakan kontra aksi terhadap puteranya dan dikirimkanlah sepasukan tentera dari para pengikutnya yang masih setia kepadanya ke Jerusalem untuk merebut kembali istana kerajaan Bani Isra'il dari tangan Absyalum. Beliau berpesan kepada komandan pasukannya yang akan menyerang dan menyerbu istana, agar bertindak bijaksana dan sedapat mungkin menghindari pertumpahan darah dan pembunuhan yang tidak perlu, teristimewa mengenai Absyalum, puteranya, ia berpesan agar diselamatkan jiwanya dan ditangkapnya hidup-hidup. Akan tetapi takdir telah menentukan lain daripada apa yang si ayah inginkan bagi puteranya. Komandan yang berhasil menyerbu istana tidak dapat berbuat lain kecuali membunuh Absyalum yang melawan dan enggan menyerahkan diri setelah ia terkurung dan terkepung.

Dengan terbunuhnya Absyalum kembalilah Daud menduduki tahtanya dan kembalilah ketenangan meliputi kota Jerusalem sebagaimana sediakala. Dan setelah menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il selama empat puluh tahun wafatlah Nabi Daud dalam usia yang lanjut dan dinobatkanlah sebagai pewarisnya Sulaiman sebagaimana telah diwasiatkan oleh ayahnya.
Kekuasaan Sulaiman Atas Jin dan Makhluk Lain
Nabi Sulaiman yang telah berkuasa penuh atas kerajaan Bani Isra'il yang makin meluas dan melebar, Allah telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala komandonya. Di samping itu Allah memberinya pula suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin-Nya.

Sebagai salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Sulaiman ialah kesanggupan beliau menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang dan sebaliknya binatang-binatang dapat pula mengerti apa yang ia perintahkan dan ucapkan.
Demikianlah maka tatkala Nabi Sulaiman berpergian dalam rombongan kafilah yang besar terdiri dari manusia, jin dan binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat bernama Asgalan ia melalui sebuah lembah yang disebut lembah semut. Disitu ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut-semut, masuklah kamu semuanya ke dalam sarangmu, agar supaya kamu selamat dan tidak menjadi binasa diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya tanpa ia sedar dan sengaja.

Nabi Sulaiman tersenyum tertawa mendengar suara semut yang ketakutan itu. Ia memberitahu hal itu kepada para pengikutnya seraya bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya yang menjadikan ia dapat mendengar serta menangkap maksud yang terkandung dalam suara semut itu. Ia merasa takjud bahawa binatang pun mengerti bahawa nabi-nabi Allah tidak akan mengganggu sesuatu makhluk dengan sengaja dan dalam keadaan sedar.
Sulaiman dan Ratu Balqis
Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan:: "Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar."

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: "Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."
HUd-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: "Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."

Ratu Balqis menjawab: "Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut pertimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka nescaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang sgt menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.

Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya.
Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya ya akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: "Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang drp makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."

Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya.
Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan perutusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.

Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: "Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.
Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: "Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu."
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: "Serupa inikah tahtamu?" Balqis menjawab: "Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.

Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.
Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: "Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini."

"Oh,Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.
Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.
Wafatnya Nabi Sulaiman
Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anai-anai. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai seksaan yang menghinakan.

Berbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya Nabi Sulaiman, namun kerana cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allahlah yang lebih Mengetahui dan kepada-Nya kami berserah diri.

Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44